Pages

Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…



Tanggal 20hb. Jun 2011 jam 6.00 petang,insan yang kami sayangi telah pergi menyahut panggilan Ilahi.Allahyarham pergi setelah beberapa hari di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat pendarahan otak setelah terlibat dengan satu kemalangan jalanraya di Dungun Terengganu.

Allahyarham Ustaz Mohd Sham Bin Abu Bakar merupakan mantan Mas’ul kami di kampus salah sebuah IPT di Pantai Timur, suatu ketika dahulu yang bertanggungjawab mentarbiyah dan membimbing kader-kader dakwah menjadi seorang pewaris ilmu agama yang dihormati.Tapi kini Allahyarham meninggalkan kami dengan begitu cepat sekali.Kehilangan Allahyarham begitu terasa bagi kami. Kali terakhir kami ditemukan pada bulan Disember yang lalu sewaktu menghadiri mesyuarat JPM Pusat di Gombak.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan 6 orang cahaya mata. Semoga balu beliau tabah menghadapi dugaan daripadaNya.Kita yang hidup perlu meneruskan kehidupan disamping mendidik zuriatnya dengan penuh hikmah dan sentiasa berdoa semuga anak-anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah.

KUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Mohd Sham Abu Bakar, bekas AJK Dewan Pemuda PAS Negeri dan Bendahari Dewan Pemuda PAS Hulu Terengganu.

Pemergian beliau umpama kehilangan ‘sebutir’ permata perjuangan yang komited serta istiqamah dalam perjuangan parti.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid berdoa semoga Allah menempatkan Allahyarham dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal saleh.

Beliau yang juga Setiausaha PAS Hulu Terengganu berkata, Allahyarham merupakan seorang aktivis PAS yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa PAS kawasan dan Bendahari Pemuda PAS Hulu Terengganu Sesi 2011/2013 serta bekas Exco Pemuda PAS negeri Terengganu.

"Allahyarham berasal dari Kampung Gelugor Haji Tahir disahkan meninggal dunia pada jam 5.50 petang Isnin 20 Jun , setelah empat hari koma di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat kemalangan jalan raya.

"kemalangan tersebut berlaku ketika beliau menyertai rombongan konvoi motosikal berkuasa tinggi di Rantau Abang, Dungun, pada hari Jumaat 17 Jun lalu,"ujarnya ketika dihubungi.

Menurutnya, ketika pemerintahan kerajaan PAS Terengganu, Allahyarham Ustaz Sham pernah dilantik sebagai Mubaligh Unit Pembangunan Insan (UPI) dari tahun 2000-2004.

Wartawan Buletin yang hadir dapat melihat suasana pilu dan sedih dirasai oleh ahli keluarga serta sahabat handai apabila melihat isteri serta anak-anaknya hadir di Masjid Gelugor Haji Tahir ketika jenazah Allahyarham disembahyangkan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Zanariah Mamat, 38, serta tujuh orang anak berusia 50 hari hingga 12 tahun yang terdiri dua lelaki dan lima perempuan.

Isterinya, Puan Zanariah berkata pemergian Allahyarham Ustaz Sham diterima dengan perasaan redha dan takdir Allah SWT.

Kata beliau, Allahyarham Ustaz Sham telah ‘pergi’ buat selama-lamanya dan jika ada berhutang diminta hubungi keluarga tersebut.

“Jika masa (ketika) arwah suami saya hidup ada buat silap, tolong maafkan dia dan jika dia (Mohd Sham) berhutang dengan dengan sesiapa, sila datang berjumpa dengan kami untuk diselesaikan hutang itu,” ujarnya dengan nada sedih.

Jenazah Allahyarham Ustaz Sham dimandikan di HSNZ dan dibawa pulang untuk disembahyangkan di Masjid Gelugor Haji Tahir serta diimamkan oleh Mudir Ma’ahad Darul Quran (MDQ) Rusila, Ustaz Mohd Yassin Soleh bersama 200 ahli jamaah.

Selepas itu, Allahyarham dikebumikan pada jam 10.30 malam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gelugor Haji Tahir bersebelahan dengan masjid berkenaan.

Manakala, bapa Allahyarham Ustaz Sham iaitu Abu Bakar Pandak, 68, yang mengidap penyakit angin ahmar hampir sebulan lalu turut hadir di tempat pengkebumian anaknya itu.

Antara pimpinan PAS negeri yang hadir Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali serta ramai lagi termasuk Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran.

Related Posts with Thumbnails